About Me

My photo
simple person with a sweet smile ( i guest ) hahaha

Wednesday, October 6, 2010

Badan berbau??? Go Away



Mesti kita berasa segan bila badan kita berbau.. dan bila kita mendekati sesiap, mereka akan hindarkan kita. Jangan risau..

Ambil daun sirih dan rebus dengan sedikit air sehingga mendidih. Setelah suam, minum air tersebut. Selain mengatasi badan berbau, ia juga mengatasi masalah dalaman.. amalkan setiap hari. Selamat mencuba.

Wajah awet muda dan segar



Wajah yang muda dan segar sering menjadi idaman setiap wanita. Elakkan untuk menggunakan produk-produk yang mempunyai bahan kimia. Bak kata orang tua-tua..kembali ke tradisi.

Ambil segenggam daun pegaga, tumbukkan sehingga keluar air. Lumurkan pada muka selama 7 - 10 minit kemudian bilas.

Bagi dalaman, ambil 2 genggam daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih, rebus daun pegaga tersebut dengan 5 cawan air. Setelah ia tersejat sehingga ke 3 cawan, sejukkan air dan minum. Lakukannya 3 minggu sekali. InsyaAllah berkesan

Garam kuatkan kuku



Kadangkala ada diantara kita mengalami kuku mudah patah. Ia bukan saja mencacatkan kuku, malah apabila terguris dikulit menyebabkan luka.

Untuk menguatkannya, campurkan 2 sudu besar garam kedalam air suam. Kemudian rendamkan kuku lebih kurang 10 minit. Kemudian bilas.amalkan 2 minggu sekali. Selamat mencuba.

Tumit kaki pecah? Arrgghhh!!!!!



Kadangkala apabila kita kerap berjalan dan lebih teruk lagi bila berjalan di lantai tanpa alas apa-apa seperti tikar atau sebagainya boleh menyebabkan tumit kak

i merekah dan pecah, kadangkala ia akan berdarah teruk.

Bagi mengatasi masalah tersebut, ambil bahagian kepala timun dan gosokkan pada tumit kaki..insyaAllah kaki yang merekah akan semakin elok dengan syarat sentiasa mengamalkannya.

Betik muda tambah susu ibu



Kadangkala ada masalah bagi setiap ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Tambah-tambah apabila anak kerap menyusu. Kemungkinan untuk ibu-ibu ini kekurangan susu dalam badan adalah tinggi.

Bagi mengatasi masalah ini, amalkan petua iaitu memperbanyakkan makan buah betik muda yang enak dijadikan sayuran. Ia membantu ibu-ibu dalam memperbanyakkan susu dalam badan. Selamat mencuba.

Tuesday, October 5, 2010

Gatal-gatal? Aduhhh!!!

Assalamualaikum..

Dah lame rasanya maz tinggalkan blog ni..rindu rasanya nak berkongsi petua dengan anda semua..

Ok.. malam ni, maz nak share petua untuk hilangkan gatal-gatal pada kulit..Tambah-tambah pada bahagian yang berlipat dan yang lebih teruk lagi bila ia terdedah dengan kelembapan.

Untuk hilangkan rasa gatal tu, ambil segenggam daun pokok nilam dan ditumbuk dengan air perahan limau kasturi. kemudian campurkan kapur pada bahan tadi dan sapukan pada tempat yang gatal..InsyaAllah elok..

bagi yang tidak mengenali bahan-bahan yang kita sebutkan tadi..ini dia gambarnya..

1) daun pokok nilam


2) limau kasturi


3) kapur

selamat mencuba (^_^)