About Me

My photo
simple person with a sweet smile ( i guest ) hahaha

Monday, December 27, 2010

Menghilangkan Selsema Bayi




Ibu akan risau bila bayi mereka terkena selesema. Selain memberi ubat yang diberikan doktor ada juga cara tradisi mengurangkan selsema bayi. Caranya cukup mudah, letakkan minyak masak di atas ubun-ubun bayi 2 kali sehari. InsyaAllah selesema akan berkurangan




Wajah Tanpa Kedutan

Bagi mereka yang mengalami masalah kedutan di muka, ambil beberapa helai daun sirih dan 3 sudu beras.
Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga hancur dan lumat. Kemudian lumurkan pada bahagian muka dan leher. Biarkan beberapa minit sebelum dibersihkan. Amalkan setiap hari, muka akan kembali tegang.





Kurangkan Bengkak Susu


Ibu yang baru bersalin selalu mengalami bengkak susu. Jadi bagi mengelakkannya, cari kubis yang mempunyai kelompak besar. Apabila hendak tidur malam, letakkan kelompak di kedua-dua payu dara. Kemudian, pakai baju dalam yang agak ketat. Amalkan sehingga habis pantang.






Wajah Bebas Dari Jerawat


Bagi menghilangkan jerawat batu dan melicinkan kulit wajah, ambil sedikit garam dan ratakan pada wajah. Sapukan lebihan garam pada jerawat. Urut secara perlahan-lahan dan biarkan ia seperti masker selama 20 - 30 minit. kemudian, bilas dengan air suam dan lap wajah sehingga kering. lakukan selama seminggu, sebaiknya pada waktu pagi dan sebelum tido. Insya-Allah anda akan lihat perbezaanya.




Terdapat juga cara lain untuk mengatasi jerawat iaitu dengan menggunakan garam dan tepung sagu dan juga menggunakan beras dan air asam jawa. Selamat mencuba..

Sunday, December 26, 2010

Rambut Mudah Panjang


Petua untuk rambut lebih panjang dalam masa yang singkat ialah dengan menggunkan serai. Rebus 4 batang srai lalu biarkan sejuk. Basahkan rambut dengan air rebusan. Biarkan selama setengah jam sebelum dibilas. Lakukan 2 kali seminggu.




Khasiat Kulit Kayu Manis Untuk Penghidap Darah Tinggi Dan Diabetes



Bagi mereka yang menghidap diabetes dan darah tinggi, boleh mencuba petua ini. Ambil 2 atau 3 kulit kayu manis. Rebus dengan 3 cawan air sehingga menjadi secawan air. Minum setengah cawan air rebusan kayu manis setiap malam pada minggu pertama. Bagi minggu berikutnya, boleh dijarakkan antara 2 hari sekali.

Pokok dukung rawat demam kuning


Demam kuing sering dihidapi oleh bayi yang baru lahir. bagi mengatasi maslah ini, ambil secekak pokok dukung anak lalu direbus. Gunakan air rebusan setiap kalu hendak memandikan bayi. InsyaAllah kuning bayi akan beransur pulih.

Kopi Rawat Luka


Apabila terkena peralatan tajam, biasanya darah sukar untuk berhenti. Cara yang mudah untuk menghentikannya dengan menabur serbuk kopi pada luka.

Wajah Halus Tanpa Jerawat






Bagi mengatasi masalah jerawat dan menghaluskan kulit, ambil 3 sudu beras. kemudian tumbuk halus. Bancuh pekat dengan air suam dan campurkan satu sudu kecil asam jawa. Tempelkan pada wajah seperti masker. Biarkan kering dan cuci dengan air suam. InsyaAllah kulit akan menjadi halus