Bagi mengatasi bibir kering, sapukan mentega di sekeliling bibir sebelum tidur. Amalkan selalu dan anda akan mendapat bibir yang lembap. Selamat mencuba.
Bayi yang baru lahir memang kerap mengalami masalah demam kuning. Bagi merawat masalah ini anda boleh mengamalkan petua ini. Ambil labu putih lalu dibersihkan. Kemudian rebus labu putih dengan air bersih. Air rebusan yang telah suam boleh digunakan untuk memandikan bayi. Gunakan sehingga kuning tiada lagi.
Tangan selalu pijar, kebiasaannya setelah memotong dan menggiling lada. Cara untuk menghilangkannya adalah dengan cara merendamkan tangan ke dalam air beras. InsyaAllah pijar kan beransur hilang.
Bagi wanita yang sering mengalami senggugut, boleh amalkan petua ini. Rebus air asam jawa bersama gula merah sehingga mendidih. Apabila air telah suam, minum air tersebut. Jika diamalkan selalu, insyaAllah senggugut akan hilang.
Bagi yang terkena minyak panas atau air yang sedang mendidih, pecahkan sebiji telur. Ambil segumpal kapas dan gunakan ia sebagai alat untuk menyapu telur di bahagian yang melecur. Dengan cara ini, rasa panas akan berkurangan dan menjadi selesa.
Untuk mengatasi masalah sakit gigi dan gusi bengkak, dapatkan kulit pokok mangga selebar tapak tangan dewasa. basuh dan rebus menjadi secawan air. Biarkan sehingga suam dan berkumur. Amalkan 2 hingga 3 hari. Cara ini membantu mengurangkan kesakitan pada gigi atau bengkak gusi akan berkurangan.
Jika anda disengat tebuan atau lebah, segera perahkan sebiji lobak yang telah diparut. Campurkan dengan beberapa cuka makan dan gaulkan hingga sebati. Sapukan ke bahagian yang disengat. Ia juga menghalang bahagian disengat menjadi bengkak.
Untuk pesakit kencing manis yang mengalami masalah angin, amalkan satu sudu teh halba untuk dimakan begitu saja. Begitu juga dengan sebiji bawang merah mentah yang dibuat ulam. InsyaAllah angin dalam badan pesakit diabetes akan berkurangan.
Untuk mengatasi masalah wajah berbintik hitam, parut timun dan perah untuk mendapatan airnya. Gunakan air tersebut untuk mencuci muka sebelum tidur. Untuk lebih baik, tampalkan hampas timun tersebut pada muka.
Bagi mereka yang menghadapi masalah bau kaki, isikan perahan lemon atau nipis di dalam besen berisi air. Rendam kaki seketika dan gosokkan kaki dengan kulit lemon atau limau nipis seketika. Amalkan selalu untuk mendapatkan hasilnya.
bagi menghilangkan daki di badan, ambil semangkuk pati asam jawa dan lumurkan ke seluruh badan. Sebelum kering, gosok tubuh bagi mengeluarkan daki. Kemudian mandiu seperti biasa. Anda akan rasa lebih segar.
Ambil seulas bawang putih ditumbuk, secamca teh jintan putih dan sedikit abu kayu. Bungkus semua dengan kain, ikat kemas dan kemudian salai di atas bara. Apabila sudah suam, tekan perlahan-lahan di sekitar pusat dan perut bayi. ia juga membantu menghindarkan perut bayi daripada kembung.
Bagi yang mahu kelihatan wajah berseri dan kemerah-merahan, amalkan meminum air rebusan kurma merah. Rebus kira-kira 20 biji kurma merah dengan sedikit gula batu sehingga kurma kembang. Minum dan amalkan setiap hari untuk hasil yang baik.
Bagi merawat penyakit keputihan, ambil segenggam daun kesum dan rebus dengan 2 gelas air. Setelah mendidih, biarkan sehingga suam. Minum dan ambil sedikit untuk cucian. lakukan setiap 2 jam sekali.
Bagi menghilangkan cekam kuku, tumbuk daun inai bersama sedikit kunyit, sedikit nasi dan sedikit arang. tumbuk sehingga lumat dan tampalkan pada jari yang cekam. Ulangi sehingga sembuh.